Tags

,


image

PERINGATAN PADA SAHABAT SEMUA!!!!

Bahaya keluar duit kat stesen minyak…

Terutama Hari Gaji!!!!!!

Ku parking Modenas bersebelahan LC135  yg penunggang dan pemboncengnya dgn full face masih dikepala memandang ku. Ahhh lantak hari ini hari gaji aku harus cepat ke mesin ATM. Kutinggalkan isteri yg mahu ke tandas..

Hari gaji hari yg ditunggu tunggu. Beratur di ATM tiba giliran laju mencucuk kad ATM yg sudah tersedia berada ditangan ku. Lantas berdecit mesin ATM ku picit dan berdesup keluar note note Ringgit Malaysia. Ku ambil dan ku simpan wang serta kad ATM tersusun dalam dompet.

Ahhhh.. . isi petrol penuh Modenasku yg kebetulan mesin ATM berada di stesen minyak. Setelah pembayaran di kaunter berdesup petrol masuk ke tangki Modenas dan berdesup juga meter minyak mencanak ke F.

Tanpa berfikir panjang aku hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.

Ku lihat melalui cermin sisi Modenasku, LC135  tadi mengekoriku. Ahhh ni mesti nak merompak duit gaji aku ni berkata dalam hati. Ku pulas minyak semakin laju dan kulihat LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah ku.

Adoiiiii….Modenas nak lawan LC135 gila. Lalu aku cuba menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali.

Ceh secara tiba tiba dah beriringan pulak Modenas ku ini dgn LC135. Dan pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit kearah ku….

“Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!”…….😂😂😂