Mentol Bulat

image

Hampir semua pengunjung Pantai Telok Batik, Lumut diselubungi rasa takut dan bimbang akibat ancaman beruk – beruk liar yang mengganggu pengunjung ketika hendak makan.

image

Ini kerana kehadiran kumpulan beruk – beruk yang banyak ini akan mencuri makanan pengunjung dengan melarikan makanan yang dibeli pengunjung atau pun dibawa pengunjung untuk berkelah ke pusat peranginan terkenal ini.

image

Kehadiran beruk – beruk ini telah menimbulkan kekotoran di kawasan peranginan ini yang dahulunya bersih kerana beruk – beruk ini memunggah sisa – sisa makanan di tong sampah di sini.

image

Amat membahayakan adalah kumpulan beruk yang banyak ini menyerang dan mencuri makanan pengunjung terutama kanak-kanak, anak-anak dara kerana beruk – beruk ini seolah-olah dalam kelaparan.

image

Bimbang dengan keadaan ini, Mohon pada Majlis berkuasa tempatan dapat mengatasi masalah beruk – beruk liar ini agat pusat peranginan Telok Batik masih relevan untuk dikunjungi oleh pengunjung.