Tags


Apa kata Dr

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan

image

Pernah tak terfikir, manusia di dunia ini dah macam di‘klon’. Semuanya sama sahaja. Lahir-lahir, pergi sekolah, perlu belajar pandai-pandai, perlu kerja bagus-bagus, pakai tie, keluar pagi balik malam, berkeluarga, ada rumah, ada kereta, ada hutang. Cukup?

Cuba anda pandang kiri dan kanan anda, berapa ramai orang yang anda kenal yang ada ciri-ciri ini?

Apa yang lagi buruk, kita klonkan juga perangai-perangai yang tak bagus ke dalam diri sesama kita. Jalan raya penuh sesak dengan trafik jam tapi masjid dan surau waktu Subuh dan Maghrib sunyi sepi. Kenapa? Kerana kita semua sama sahaja. Mengejar apa yang kita rasakan penting sehingga terlupa ada yang lebih penting lagi.

Kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain? Berbeza dari sudut yang lebih baik, bangun awal pagi dapat tunaikan solat-solat sunat, dapat duduk lama-lama atas sejadah, berkomunikasi dengan Tuhan.

Kemudian, dapat buat sesuatu yang kita sangat suka dan minat dan dapat hasil yang banyak darinya yang boleh pula dikongsikan sesuka hati dengan orang yang memerlukan, tanpa sedikit keraguan atau ketakutan.

Kenapa kita tak nak jadi seperti itu? Apa yang menghalang kita? Apa yang kita takutkan?

Tonton video perkongsian dari Dr Azizan Osman ini.

https://www.youtube.com/watch?v=JCGcqAu-azs

Anda tak perlu jadi sama seperti orang lain. Cuba jadi berbeza dengan mempelajari ilmu yang dapat membantu anda menjadi orang berjaya.

Dr Azizan Osman
Pakar kekayaaan dan kejayaan