Tags


Dr kata Apa?
image

Adakah anda gembira hari ini?

Adakah anda bersyukur dengan segala nikmat, kebaikan dan kebahagiaan yang sedia ada di dalam kehidupan anda sekarang?

Adakah anda bangga dan gembira dengan pencapaian anda sepanjang tahun 2015 ini dari aspek kerjaya, perniagaan, kewangan, peningkatan kehidupan, hubungan dengan orang sekeliling, kerohanian dan semua impian serta matlamat yang anda impikan untuk kecapi pada tahun ini?

Apakah harga sebuah kegembiraan pada anda?

Apa yang boleh membuatkan anda rasa gembira?

Sebenarnya, kita boleh pilih untuk sentiasa bersyukur dan berasa gembira walaupun dalam saat kita berada dalam kesusahan.

Jika di IMKK kita ada belajar bagaimana untuk “pasak senyum” dan gembirakan orang lain, di dalam Program Rahsia Kuasa Minda Jutawan, kita akan belajar lebih lagi tentang “I choose to be happy.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Setiap perkara baik menjadi sedekah. Antara perkara baik termasuk engkau bertemu saudaramu dengan muka manis.” ~ Hadis Riwayat Ahmad.

Kita mungkin lihat senyum dan gembira adalah perkara biasa sahaja. Tidak ada apa yang hebat tentangnya tetapi yakinlah, senyum dan gembira mempunyai kuasa hebat tersendiri.

Dr Azizan Osman
Pakar kekayaaan kejayaan dan pemasaran no 1 Asia