Tags

, , , , , ,


Mentol Bulat

Hhhuuummm sesuatu yang harus dikongsikan….

ini cerita kami sekeluarga bercuti ke Surabaya, Batu, Malang dan Bali tempoh hari ke Indonesia. Jika di Malaysia, kita boleh lihat bangsa kita berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain tetapi di Indonesia sukar sekali kita untuk mengenali seseorang itu dari kaum dan agamanya kerana mereka serumpun. Bercakap bahasa Indonesia yang sama, budaya yang hampir serupa termasuklah makan dan minum.

Kali ini percutian kami ke Surabaya, Batu, Malang dan Bali menggamit kenangan menyeronokaan. Namun, satu yang terkilan di hati bahkan serik untuk dilalui lagi adalah perjalananan yang meletihkan dan melelahkan kerana menaiki lama dalam kenderaan antara 3 hingga 8 jalan perjalanan dari satu tempat ke tempat berlainan.

Tambahan pula,  yang paling uniknya disini adalah pada hari kami sampai di Surabaya pemandu pelanconagn kami membawa kami makan di sebuah restoran tempatan di Surabaya. Ketika kami sampai di restoran tersebut, amatlah terkejutnya kami apabila kami dibawa makan makanan SETAN? semua kami terkejut dan bingung malah marah tetapi kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa Restoran ini dibuka 24 jam dan pengunjungnya tidak pernah putus – putus hingga penuh semua tempat duduk hinggalah keluar restoran. Ia amat menguja kami sebenarnya kerana badan sudah keletihan tambahan pula anak – anak kecil ku sudah pun menengek lesu dan letih kerana perjalanan yang panjang. Kami mencuba masakan tersebut yang terhasil daripada daging lembu yang direbus semalaman tanpa dimatikan api di dalam belanga tananh hingga daging tersebut empok dan menghasilkan warna hitam. Ia dimakan bersama bubur nasi, sayur tauge dan sambal cili yang pedas. Rasanya enak dan mengeyangkan. Jika anda kesini boleh mencubanya di RESTORAN ROWON SETAN di bandar Surabaya ini.

Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-15Namun, ia terubat ketika kami sampai di Pulau Bali kerana pemandu pelanconganya amat terbaik memberikan mutu servisnya dan mampu melayan karenah kami hinggalah kami pulang ke Malaysia.

Saksikan apabila gambar berbicara…Indahnya Indonesia…tempat ciptaan Allah yang patut anda kunjungi…dengan izinya…

Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-016

Semasa di terminal KLIA2
Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-151

Penerbangan selama 2 jam 30 minit dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Juanda Jaya, Surabaya

Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-152

Kami tiba di Lapangan Terbang Juanda Jaya, Surabaya dengan selamat dan disambut oleh Suadara Dudi dari Aura Mentari Wisata Agency

Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-153Kami dibawa makan siang di Restoran Tempatan. Menu menyelerakan ikan goreng segar cicah air asam dari Surabaya

Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-12-12-155Melawat Makam Wali Songo @ Sunan Ampel
Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-156

Melintasi Jambatan Suramadu ke Madura untuk berbelanja Ole – Ole disituBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-157

Bertolak ke Malang – Batu untuk memetik Epal dan Masjid Turen
Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-158

Sampai di Masjid Turen, mempunyai 10 tingkat bangunan yang dibangunkan binaanya menggunakan tangan – tangan dari pelajar – pelajar tahfiz pondok serta berbelanja disituBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-159

Makan siang di BATU, Jawa Timur (Kawasan seperti di Cameron Highland, Malaysia)Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-160

Memetik buah Epal di Ladang Perwisata Epal, Batu Jawa TimurBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1510

Berbelanja cenderahati di kaki pergunungan sekitar BATUBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1511

Antara gerai dan restoran yang dilalui dan dikunjungai oleh kami (perkataan SETAN dimerata tempat menunjukan makna SETAN itu yang paling SEDAP)
Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1512

Dari Hotel Varna, Surabaya menuju ke Pelabuhan Penyeberangan yang mengambil masa 8 jam perjalananBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1513

Sampai dipelabuhan Penyeberangan jam 6:30 petang hampir gelap keadaan, pelbagai gelagat manusia disaksikan. Dari pelabuhan ini kami akan menyeberang dengan feri ke Pulau BaliBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1514

Esoknya setelah lelah dalam perjalanan, ejen di Bali bawa kami melihat pertunjukan BARONG iaitu kebudayaan dan mitos rakyat beragama HINDU BALIBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1515

Kami dibawa menaiki kenderaan ke pergunungan KINTAMANI untuk melihat panorama indah tasek Gunung berapi dan menikmati kedinginan dan keindahan sekeliling sambil menyaksikan Laut Jawa dari ketinggian ini
Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1516

Singgah ke Kebun Herba di Kaki pergunungan KINTAMANI untuk melihat sendiri bagaimana KOPI LUWAK di hasilkan (Kopi Taik Musang)Bercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1517

Sekitar perjalan menuju ke KUTA, Bali dan singgah meninggalkan lelah di PANTAI JIMBARA, BaliBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1518

Check Out Hotel di Bali dan menuju ke Monumen Letupan BOM di Bali yang meragut nyawa 200 kebanyakan warga AustraliaBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1519

Menaiki bot ke Pulau Penyu untuk melihat pemuliharaan Penyu serta memberi makan ikan di Terumbu KarangBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1520

Berbelanja cenderahati dan ole – ole lagi di pasaraya di Bali untuk yang diingati di MalaysiaBercuti ke Surabaya~Bali Indonesia 19-23-12-1521

Pemandu pelancong menghantar kemi ke Lapangan Terbang Depasar, Bali dengan meninggalkan kenangan terindah buat kami tahun 2015