Tags

, ,


Mentol Bulat

Apakah itu bahagia???

Ini cerita daripada sebahagian cerita Dunia Melayu dahulu yang menceritakan kebenaran istilah sedih dan gembira.

Cerita ini adalah satu babak kehidupan keluarga ini hidupnya amat keperitan tersangat tanpa pertolongan dari sesiapa pun tetapi keluarga ini berjaya bangun hasil gigihnya insan bernama HAMIDAH.

Siapakah Hamidah?

Gigihnya wanita ini menarik minat penulis untuk menceritakan detik dan peristiwa dilaluinya supaya dunia melayu ini tahu bertapa wanita mulia ini mampu menyara dan membesarkan anak-anak hingga berjaya.

Beliau yang dimaksudkan adalah ibu kepada 11 orang anak-anaknya dan seorang telah pun dibesarkan oleh keluarga angkat.

Mengapa berkhalwat?

Tiada siapa yang tahu atau teringat atau terdetik dihati mereka adanya sekumpulan keluarga yang membanting keringatnya dari pagi hingga lewat malam mencari sesuap nasi untuk keluarga, tinggal terpinggir merana tanpa daif mereka ini dibantu.

Menetap berkeluarga di kaki istana belom cukup istimewa bagi rakyat maharen kerana istilah kuli tetap kuli tambah pulak serong pandangan mereka. Dalam duka itu ada harapan ibu ini iaitu kejayaan nun jauh dihadapanya.

Mujurlah ada sekelumit orang juga insan mulia menghulur sumbangan itupun entah dimana – mana sekali. Selainnya, bekerjalah si Hamidah ini dengan upayanya.

Walaupun ibu ini susah dibendang, dirumah orang mencuci kain dan lain – lain kerja dibuatnya, ibu ini cekal akan tanggungjawab nya yang berat bahu memikulnya tambahan pula suami tercinta telah pulang ke rahmatullah.

Ikuti episod pertama cerita dari dunia Melayu ini di olah oleh Saudara REMI HARUN. Mukadimah cerita ini adalah peristiwa adalah seperti berikut…

REMI HARUN

image
(Gambar Hiasan)

Aku masih ingat beberapa peristiwa semasa keluarga Harun dan Hamidah tinggal di Dangau Bendang (rumah keluarga tersebut tinggal).

Masa itu umur aku kira-kira 5 tahun. Aku masih ingat Ropi masa itu baru berdiri jatuh kata orang, dia berdiri sambil pegang tiang di tengah Dangau, pelikkan ada tiang di tengah rumah tapi itulah yang aku lihat dan tiang tersebut adalah anak pokok yang dijadikan tiang.

Dangau tersebut rumah atas dengan tiang tinggi dan tangga depannya tegak ke atas dan dibuat dari kayu dan buluh. Tiada belakan air dan letrik. Air dari telaga yang diceduk dengan timba dari tong yang diikat dengan tali, ada telaga kedua di belakang Dangau tapi airnya sentiasa berwarna kemerahan dan dikelilingi banyak semilu dan disebelahnya bendang.

Suatu petang mak pernah membawa aku, sidah dan ropi ke bendang dan mak letak aku, sidah dan ropi atas tikar mengkuang yang mak anyam di bawah pokok rendang tepi taliair dan mak turun ke bendang memakai sengulung di kepalanya dan dia mula menanam padi secara cucuk cucuk ke dalam bendang, aku memandang saja dan seingat aku, aku, sidah dan ropi tidak lah sebuas budak sekarang yang akan turut terjun dalam bendang (mungkin) tapi kami bertiga hanya duduk dan perhati saja.

Mak bawa tea o dalam botol……Pada suatu petang yang lain aku masih ingat aku berlari lari atas batas bendang dengan ku lihat mak dan bapak merumpun sisa sisa menerong dan jerami padi. Aku lihat asap beterbangan ke udara bersama angin sepoi sepoi bahasa yang dingin …aku ketika itu berasa seperti sedang terbang diudara kerana kesegaran udara yang ku rasa ketika berlari lari itu…. Didepan Dangau kebun getah dan dibelakangnya bendang.

Di kebun getah itulah aku belajar memanjat pokok getah yang lurus batangnya. Dalam kebun getah itulah ada telaga buruk yang dijadikan jamban. Cik Ngah pernah terjatuh dalam telaga tersebut sebab kayu yang dipegangnya itu reput. Bersusah payah mak membersihkan badannya dan aku, sidi, sidah dan ropi tengok saja tanpa rasa apa-apa.

Aku juga masih ingat Tok Ngah (ayah wan nyah sekarang) selalu datang ke Dangau berbual dengan bapak dan bapak selalu kata Tok Ngah lah balik di tengah malam dalam suara menyanyi, aku hanya dengar dan tidak pernah bertanya mengapa? sampai sekarang tiada jawapannya.

Bila malam suasana sangatlah gelap, tiada letrik dan Dangau diterangi dengan lampu minyak tanah saja. Aku pernah sakit gigi sampai bengkak pipi dan aku masih ingat waktu malam dan mak hanya menyapunya pipi ku dengan kapur sirih, walaupun sakit tidak terperi yang ku tanggung hingga tidak tidur sepanjang malam tapi mak juga turut tidak tidur sepanjang malam itu juga, begitulah mak sangat sayangkan kita-kita.

Kini semua itu tinggal kenangan dan mak kini telah tiada dan bapak telah lama meninggalkan kita, kita hanya boleh berdoa semoga roh keduanya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Aku rindu pada semua itu Dangau, bendang, telaga, kebun getah, angin sepoi sepoi dan pokok rendang itu yang telah cuba ingat namanya …masih lupa lagi…itu tandanya umur sudah merangk pergi.

Bersambung………

Nota: cerita ini adalah cerita benar, tiada niat menimbulkan Aib atau mohon simpati hanya menyampaikan tauladan kepada semua.