Tags

, ,


Mentol Bulat

image

image

Keindahan Gunung Kinabalu memang menakjubkan ditambah kesan runtuhan Gunung tersebut tempoh hari mendetikan hati ini akan kebesaran penciptanya Allah tuhan semesta alam yang menjadikan gunung satu tempat yang kukuh tetapi jika Allah berkehendakan ia pecah dan hancur maka jadilah kebinasaan terhadapnya.

image

image

Panorama keliling dari kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara memukau mata sesiapa sahaja ingin istirehat di kawasan Kundasang ini. Rugi besar kepada pengunjung yang datang ke sini untuk berbelanja tetapi tidak bermalam di kawasan bersuhu sejuk dan dingin sekitar 17 darjah Celsius.

image

image

Kepada kami yang hadir ke sini dengan kereta terpaksa menempuh perjalanan selama 2 jam 40 minit dari Ibu negeri Sabah iaitu Kota kinabalu.

image

image

Sehari sebelumnya, kami mula berkereta dari pelabuhan Pulau Labuan menuju ke pelabuhan Menumbuk, Sabah dental feri selama lebih sejam lamanya. Seterusnya, dari pelabuhan Menumbuk kami bergerak ke Kota Kinabalu selama lebih 2 jam perjalanan dan bermalam di Kota Kinabalu.

image

image

Pengalaman sampai kawasan kaki pergunungan Kinabalu, Kundasang ini seolah – olah anda berada di New Zealand kerana melihat dan merasai susu lembu segar di Ladang Ternakan Lembu susu disini.

image

image

image

Jika anda ada peluang silalah ke sini kerana anda tidak kecewa dengan apa yang anda rasainya.

Nota, pengalaman keluarga penulig ini telah berlaku ketika cuti sekolah yang lalu