Tags

, , ,


Berita dari Mentol Bulat

(Gambar Hiasan Sahaja)

Sedang ketika menonton cerita #MisteriWanPeah Tv3 hari itu, tiba – tiba teringat Opah Sapu Malim Nawar. Mengekek aku seorangan sambil meneguk secawan Kopi Pak Belalang. Apakah sebabnya dan kaitan dengan #MisteriWanPeah? Entah lee tak de kena mengena dengan plot – plot serta episod dalam drama bersiri #MisteriWanPeah pon.

Cuma bila mengenangkan bila sebut WanPeah terkait dengan Opah Sapu yang aku panggilnya Wan…

Apa yang lucunya dengan Opah Sapu (Wan) ini yee? Ceritanya begini…

Opah Sapu asal orang Malim Nawar dan hidup dirumah peningalan aruwah suaminya. Dibelakang rumah adalah reban ayam, itik, kambing dan dia juga bercucuk tanam sekeliling rumahnya dengan ulam ulaman, piasang, jagung dan aneka sayur – sayuran, kekacang dan seumpamanya.

Nak jadi ceritanya satu hari, anak perempuan (Rokiah) bukan nama sebenar, mengajaknya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kawen sepupu mereka (Jamilah) juga bukan nama sebenar.

Rokiah telah menempah 2 tiket bus Ekspress dari Malim Nawar ke Kuala Lumpur pada jam 2:30 petang memandangkan perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir 5 jam dengan menggunakan jalan lama. Pada ketiak itu, tiada lagi Lebuhraya PlUS lagi.

Dua bernak itu menaiki bus tersebut dengan membawa bakul bekalan makanan mee goreng dan kopi panas untuk dimakan dalam perjalanan itu. Setibanya di Puduraya 2 beranak ini siap sedia untuk turun dari bus ekspress tetapi Rokiah menyergah dan terkejut melihat ibunya berkaki ayam ketika dibawah bus untuk mengambil beg – beg mereka yang dimasukkan ke dalam perut bus semasa di Stesyen bus Malim Nawar tadi.

Rokiah: “Yarabby Mak!!! Mane kasut yang Kiah belikan tu…kan ke mak pakai tadi?”

Opah Sapu: “Tadi mak letak kat tangge bus sebelum naik bus tadi, buat apa bawa naik ateh bus nanti bus kotor leee..tadi mak ada pijak taik ayam tak sempat basuh dengan ayo..jadi mak naik bus tadi tak bawak naik atas lee…nanti bau jugak taik ayam dalam bus ni..”

Rokiah: “Haaaaaaaaaaa….astagafirullahalazim, Mak mahei kasut tu mak ooi..Kiah beli rege Rm250.00 kat Super Kinta, Ipoh tuuuu..” Geleng kepala Kiah tanda kesal

Opah Sapu: “Ye ke..ooo kena bawak kasut tadi yee dalam bus ye Kiah?”

Rokiah: “Ye le mak!!! OOi!!! Meh le kita cari kasut lain..”

Opah Sapu: “Tu kasut yang tinggal tadi boleh ambil balik yee? Nanti mak cakap kat Dreba tu..”

Rokiah: “Rentikan le mak!! Buat malu company jeeerrr..nanti dia gelakan kita nanti..entah dah kemana – mane bus dah gi nyer”

Opah Sapu: “OOOHH Patutlee masa mak naik bus tadi dia gelak – gelak kat aku..Mak tanya ngape kamu gelak kat makcik ni..”

Rokiah: “Ater mak cakap ape??”

Opah Sapu: “Drebar melayu tu kata ngape makcik kaki ayam naik bus, makcik nak kemana?? Aku cakap le nak ke Kolumpor, lagipun bus kamu bawak tu bersih sebab tadi tukang sapu baru mop lantai bus ni…wangi bau pencucinya tu..tak sanggup aku bawak kasut bertaik naik bus…ngeleng kepala dreba aku kata gitu”

Rokiah: “Masyaallah, Subhanallah, mahei kasut mak…MERAUNG ROKIAH!!! Mak!!! Mak!! Adoi!!!

Opah Sapu: “Jadi kita beli le kasut baru ye Kiah..beli yang murah udah..usah beli yang mahei lagi lee”

Rokiah: “Mak!! Mak!! Peninggal 10 menit jer Kiah cari Kacang Puteh kat India Kacang Puteh..tinggal lagi kasut baru beli..semalam baru beli hari ini hilang..minggu lepas beli 2 pasang pun hilang naik teksi turun teksi Pak Din ke pekan”

Opah Sapu: “Takpe kita beli selipar Jepun 3 pasang..kot tinggal lagi ada spare sebab Muroh”

Rokiah: “Aikh sampe macam tu pulak…lantak mak leee”

Selepas membeli selipar Jepun tersebut, dua beranak itu menaik bus Mini No 15 dari hentian KotaRaya ke Taman Melati Setapak. Berhimpit-himpit dengan penumpang yang sesak berdiri dalam bus mini adalah kebiasaan penumpang bus mini ketika itu. Mujurlah, disebabkan Opah Sapu warga emas seorang pemuda memberikan tempat duduknya kepadanya untuk duduk. Bas yang ke kiri dan ke kanan terhoyong hayang menjadikan suasana dalam bus tidak selesa hinggalah penumpang mula turun bus barulah hadir keselesaan kerana tiada penumpang yang berdiri lagi  Dengan mengendong hadiah hantaran kahwin, dua beranak tersebut pun sampai di hentian bus berhampiran rumah perkahwinan dilangsungkan.

Mundar mandir membawa barangan beg pakaian dan hadiah hantaran dengan bermandikan peluh, dua beranak ini sampai di tingkat 3 flat kediaman perkahwinan yang hendak dilangsung..kemudian 2 beranak ini memberikan salam kepada tuan rumah

Rokiah: “Assalamualaikum!!!”

Jamilah: “Waalaikumsalam…sapa tu? disebalik pintu rumahnya”

Opah Sapu: “Aku ni Milah dengan Kiah datang ni!!

Jamilah: “Ya Allah, ingatkan sapa le tadi..Kiah ngan Wan ke??? Ngape tak telefon nak datang boleh suruh Udeng ambil di Puduraya..”

Rokiah: “Tak pe le..udah sampai kami ini…” dengan muka yang merak padam 2 beranak tersebut.

Jamilah: “Ehh…NGAPE WAN DATANG TAK BEKASUT NI..DARI RUMAH TADI TAK BERKASUT KE??” sambil kebingungan

Rokiah: “MAK!!! OOI!!! NGAPE TINGGAL KASUT LAGI!!!

HE HE HE HE HE….ITULAH YANG AKU TERINGAT BUAT MASA INI..ADA BANYAK LAGI..HIK HIK HIK…

APA PUN MOHON PEMBACA SEDEKAHKAN AL FATIHAH UNTUK KEDUA – DUA BERANAK YANG TELAH PUN KEMBALI KERAHMATULLAH…AMIN

Advertisements