Tags
Oleh Mentol Bulat
Kuala Kangsar, 06hb Februari 2013 – Pengalaman dan perasaan marah yang membuak – buak ahli – ahli NUBE disini tidak dapat dibendung lagi ketika pengurusan dicawanganya berterusan menekan dan memperjudikan nasib pekerjaan mereka seperti menunggu hukuman “Gantung Diri” hingga mati mandatori di tali gantung.
Hal ini diceritakan kepada kami yang sempat bermesyuarat dengan mereka hampir 5 jam lamanya dengan ahli – ahli yang hadir “full force” termasuklah ahli – ahli senior dan baru.
Kehadiran yang seramai ini membuktikan dakwaan bahawa cawangan bank ini berdepan masalah keharmonian perusahaan yang meruncing antara kakitangan dan pengurusan.
Perkara – perkara yang dibincangkan semuanya mengenai tindakan dan tindak tanduk Manager dan Penolongnya yang mewujudkan suasana tidak tenteram dibank berkenaan.
Antara yang berlaku yang diarahkan oleh ahli – ahli Nube dan kakitangan iaitu pegawai menekan “Q” time, pegawai mengesa teller menekan “Q” time menggunakan no pengenalan kakitangan tanpa pengetahuan , mengesa dan menyindir ahli Nube yang tidak buat SALES dengan mengugutnya, penolong pengurus tidak membenarkan ahli – ahli Nube mengambil cuti dihujung tahun tetapi beliau boleh bercuti hampir sebulan lamanya, jika berlaku kesilapan kepada kakitangan, sikap “lepas tangan” ditunjukan oleh pengurusan seperti “Shortage” diminta mengaku salah dan banyak lagi masalah yang timbul hasil mesyuarat ini.
Teramat “geram” aksi dan memek muka mereka menceritakan satu persatu masalah yang mereka hadapi namun kami menasihatkan mereka menyusun langkah lebih kehadapan berjuang memertabatkan hak pekerjaan daripada diperjudikan nasib oleh pengurusan yang ingin memusnahkan masa depan pekerja.
Nyatalah, dalam hari ini sejarah perpaduan kesatuan lampau telah mengambarkan bertapa semangat bersatu telah wujud disanubari ahli – ahli yang hadir hari ini supaya noktah perlu segera diletakkan kepada pengurusan dengan seberapa segera supaya nasib pekerjaan tidak diperjudikan lagi.
Mesyuarat yang berakhir lewat malam itu telah turut serta dijayakan oleh Abang Din iaitu Naib Pengerusi Ipoh yang sama – sama mendengar masalah ahli – ahli Nube di sini.
Laporan GGIT untuk berita NUBE