Tags
BERSIH 3.0, Central Market, Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Razak, JERIT, Menara Maybank, MTUC, NGO dan NUBE, NUBE, NUBE vs Maybank, PDRM, POLIS, Pudu Central, RUM, TNB, UNI - MLC
Oleh Rizal Yob Ipoh (dikemaskini 13:08 @ 03.05.12)
Menara Maybank, 01 Mei 2012 – Sambutan hari pekerja kali ini telah menarik seramai 1500 orang hadir bersama di Menara Maybank untuk menunjukkan kepada majikan dan pemerintah bahawa kebangkitan “Solidariti” kesatuan sekerja dan NGO telah bermula dan berpadu walaupun laporan memetik bilangan rakyat yang menyertai kesatuan sekerja dibawah 9% di negara ini.
Kami yang hadir dari kontijen Perak telah berkumpul di NUBE Ipoh sebelum ke Ibu kota Kuala Lumpur seawal jam 4 pagi dan bersolat subuh di Masjid India Ipoh Padang sebelum memulakan perjalanan dengan 2 buah bus pada pukul 6 pagi. Kami yang seramai hampir 90 orang telah sampai di Ibu Pejabat NUBE Kuala Lumpur tepat jam 9:30 pagi dan seterusnya bersiap sedia untuk ke tempat perhimpunan setelah kontijen dari negeri lain mula meninggalkan Ibu pejabat NUBE.
Syabas ditujukan kepada penganjur kali ini iaitu NUBE (National Union of Bank Employees) yang berjaya menganjurkan peristiwa 1 Mei 2012 di ibu negara Kuala Lumpur walaupun tempat asal untuk menganjurkan peristiwa ini di Dataran Merdeka dan bukannya di Menara Maybank. Disebabkan arahan pihak polis dan DBKL menutup Dataran Merdeka dari semua perhimpunan dari sejak perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, NUBE diberi berhimpun aman di Menara Maybank sebagai simbolik perjuangan NUBE keatas Maybank kini.
Permulaan perhimpunan yang terdiri daripada NUBE, NGO dan pemerhati dalam dan luar negara telah bermula seawal jam 9:20 pagi dari Ibu pejabat NUBE di Jalan Tun Sambanthan 3 menuju tempat berhimpun di Pasar Seni (Central Market). NUBE diketuai oleh Setiausaha Agongnya telah membawa ahlinya dari setiap cawangan daripada dalam Kuala Lumpur dan diluar dengan bus seperti Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan hadir memeriahkan perhimpunan bersejarah ini. Acara ini bermula dengan perarakan berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke Pasar Seni (Central Market) dan seterusnya ke Menara Maybank dengan ditemani wakil NGO dan kesatuan –Â kesatuan sekerja.
Peserta perhimpunan yang berbaju merah tanda perpaduan telah berkumpul beramai – ramai di padang letak kereta Pasar Seni tepat jam 9:30 pagi dan memulakan perarakan Hari Pekerja 2012 menuju Menara Maybank dengan gandingan pukulan gendang dan trompet yang mengamatkan suasana seperti pesta sedang berlangsung. Peseta yang brearak berteriak dan melaungkan slogan – slogan hari pekerja sambil diperhatikan oleh penonton ditepi jalan sepanjang perjalanan ke Menara Maybank. Pelancong asing juga tidak ketinggalan melihat perarakan ini dan ada antara mereka yang mengambil gambar dan video malah orang awam juga turut berbuat yang sama.
Pasukan keselamatan iaitu PDRM telah memberikan kejersama yang baik sepanjang perarakan dan perhimpunan julung kali ini dengan menjaga lalulintas dengan baik bersama unit helikopter untuk memantau pergerakan kami. Tiada sebarang insiden buruk berlaku kerana pihak NUBE juga menubuhkan pasukan “Marshall” yang turut sama pihak polis menjaga ketenteraman dan keselamatan peserta perhimpunan kali ini.